Thursday, June 11, 2015

Day 1 Chemo, Phase 1

11 June 2015, Thursday


Today is Day 1 Danish akan start chemo treatment. Mama bagitahu Danish tentang Chemoteraphy & Danish tanya macam-macam soalan! As always Danish excited belajar new things. May Allah ease Danish ye..


Hari ni dari pagi Danish berselera, macam-macam minta Mama belikan, macam-macam Danish makan; makan roti, blueberry tart, apple pie, mee goreng..lepas tu Abah pulak datang bawa apa yang Danish pesan dari malam tadi, Danish nak makan cereal. Dua mangkuk habis. Good boy. Then Danish minta Abah tolong main game Plants vs Zombie dalam ipad. Hmm best la Abah boleh main game.

Mama minta Abah balik dulu, sebab ada few things Abah kena settlekan kat rumah, preparation untuk Danish balik nanti. Semua carpet kat rumah Abah dah lipat masuk kereta, nak bagi Ummi guna. Tak nak ada carpet dah kat rumah, so nanti senang nak mop disinfect lantai & takut habuk. Lepas Abah balik, Danish tanya Mama, kawan-kawan Mama ada tak akan datang visit Danish hari ni? Haha Danish suka sebab nanti dapat hadiah. Tiba-tiba Cik Mi datang ziarah, bawa kemeja dari Jakarta untuk Danish. Happy Danish. Then kawan Danish, Faiz, Abg Farouq, Abang Farhan & Aunty Farizah datang. Wah, seronok Danish.

Pukul 5pm Nurse datang untuk start 1st Chemo treatment for Danish:

DAY 1, PHASE 1
11/6/2015, 5PM-8PM
VINCRISTINE (VCR)
1.5MG/M2 IV DRIP
3 HOURS DURATION
TAKEN WITH OMEPRAZOLE 
http://www.drugs.com/omeprazole.html
To read more about Vincristine: http://www.chemocare.com/chemotherapy/drug-info/vincristine.aspx

Mama start berdebar-debar. Doa, baca Quran..bismillah.. May Allah ease anak Mama & hoping side effects ubat ni tak menjejaskan Danish sangat. Sebaik sahaja ubat mula masuk ke salur darah, Danish mula bagitahu rasa perut tak selesa & tekak rasa pelik. Sabar Sayang..Mama minta Danish tidur, sekejap je Danish pun tertidur. Alhamdulillah..tapi agaknya ubat ni buat Danish letih.



Selepas satu jam Danish terjaga dan minta mahu ke tandas. Selepas itu Danish lapar lagi dan makan chicken porridge pula dengan berselara. Then Danish mula ceria seperti biasa, main ipad dan minta Mama tunjukkan Periwinkle Flower (Vincristine comes from a type of flower called Periwinkle). Alhamdulillah Allah permudahkan Danish semasa treatment  ni..syukur Allah..tak ada nausea or vomitting yet..tak ada hilang selera makan dan ceria seperti biasa lagi...Alhamdulillah..

 Periwinkle Flower
which is also used by Makna
for their logo.



Tapi kemudian dalam pukul 9pm Danish mula rasa letih. Dia kata dia rasa pelik..Rasa lembik, eyelid mcm berat, pening & sakit kepala. Lepas tu bibir dia rasa a bit numb & kaki macam tinggling. Terus panggil nurse, check temperature dah meningkat 38° & blood pressure tinggi 127/94. A normal BP for him is 90/55. Nurse bagi paracetamol, dan sekarang alhamdulillah temperature dah turun kepada 36.7° & BP okay 95/65 & to be checked hourly. Danish dah tidur ni. Rupanya bukan semudah yang dijangka. Kebergantungan sepenuhnya kepada Allah swt.

Semoga hari-hari seterusnya diberi kemudahan oleh Allah. Stay strong Danish.

Love,
Mama

No comments:

Post a Comment